♥ Lencana Sekolah ♥

Tuesday, June 1, 2010

Tumbuhan

Sebagai tambahan kepada pengelasan saintifik tumbuhan, atau pendekatan yang paling popular berasaskan sistem tersebut, terdapat juga pengelasan tumbuhan melalui cara lain yang akan dibincangkan di sini.

Tumbuhan boleh diatur menurut pola tumbuhan bermusim. Walaupun tumbuhan ringkas seperti alga secara individual mempunyai tempoh hayat yang ringkas dan istilah berikut tidak boleh digunakan, tetapi peningkatan populasi alga biasanya bermusim.

  • Tahunan: hidup dan membiak dalam tempoh satu musim sahaja.
  • Dwitahunan ( Biennial): hidup selama dua musim, selalunya membiak pada tahun kedua.
  • Saka (Perennial): hidup lama selama beberapa musim; terus membiak apabila mencapai tahap matang.

Tumbuhan vaskular samada herba (tidak berkayu) atau berkayu. tumbuhan berkayupokok dengan satu atau beberapa batang dan dahan yang tumbuh jauh dari tanah, atau tumbuhan renek tanpa batang yang jelas, dan dahan yang hampir dengan permukaan tanah. selalunya

Tumbuhan saka vaskular mungkin malarhijau, dan mengekalkan daun mereka sepanjang tahun, atau desiduous dan kehilangan daun mereka pada sebahagian tahun. Kebanyakan tumbuhan desiduous, biasanya dijumpai di kawasan iklim sederhana (temperate) dan boreal, kehilangan daun mereka pada musim sejuk, dan sesetengah tumbuhan tropika dan subtropika kehilangan daun mereka pada musim kemarau.

Tanaman juga dibahagikan menurut penggunaan mereka. Tanaman makanan termasuk buah, sayur-sayuran, herba, dan rempah.




POst by: pelajar SMKBBP